Pati Minyak Wangi Badan (BFO) - BF1

Pati Minyak Wangi Badan (BFO) merupakan bahan utama untuk menghasilkan Minyak Wangi EDP atau Minyak Wangi Tanpa Alkohol. Pati Minyak Wangi Badan (BFO) dibuat daripada bahan sintetik yang selamat dan boleh disapu pada kulit tanpa kesan sampingan.

Cara Campuran Minyak Wangi EDP (EDP Perfume) - Pati Minyak Wangi Badan (BFO)

Bancuh 50%-70% Pati Minyak Wangi bersama 30%-50% EDP Perfume Solution ( Mengandungi Alkohol ) untuk menjadikan Minyak Wangi Eau De Parfum (EDP). Ketahanan Minyak Wangi bergantung kepada peratusan formulasi dari 8 hingga 24 jam.

Cara Campuran Minyak Wangi (Tanpa Alkohol) (NAP Perfume - Pati Minyak Wangi Badan (BFO)

Bancuh 50%-70% Pati Minyak Wangi bersama 30%-50% NAP Perfume Solution ( Non Alcohol ) untuk menjadikan Minyak Wangi ( Tanpa Alkohol ). Ketahanan Minyak Wangi bergantung kepada peratusan formulasi dari 8 hingga 24 jam.

Cara Campuran Pati Minyak Wangi Badan (BFO) Dengan Produk Lain

* Muka, Badan atau produk kosmetik : masukkan 2% – 5% ke dalam formulasi anda.
* Pembuatan Sabun : masukkan 5% – 10% ke dalam formulasi anda.
* Pembuatan Lilin : masukkan 5% – 10% ke dalam formulasi anda.
* Minyak Urut : masukkan 2% – 5% ke dalam formulasi anda.
* Penyegar Udara : masukkan 20%-50% ke dalam formulasi anda.
Nota : Anda boleh tambah Penaik Wangian Fragrance Enhancer (FE) untuk menaikkan Top Note, Middle Note atau Lasting Note untuk menaikkan lagi bau Pati Minyak Wangi.